Monday, May 10, 2021

PKP 3.0 DI MALAYSIA

0 comments


Nampaknya tak kira anda berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), pergerakan rentas daerah adalah dilarang sama sekali ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Berita Harian mengumumkan bahawa semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini (10 Mei) hingga 6 Jun nanti.

Beliau turut menambah sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Link : https://paultan.org/2021/05/08/pkp-3-0-rentas-negeri-dan-daerah-dilarang-di-seluruh-negara-bermula-10-mei-hingga-6-jun-ini-ismail-sabri/

No comments:

Post a Comment